Pelayaranku

Pelayaranku

Friday, December 16, 2011

WANITA MENURUT AL-QURAN

Apa kata Al-Quran pula tentang wanita?


Maka apa pula ketetapan Al-Quran mengenai wanita? Memang wanita diperintahkan oleh ALLAH supaya menutup kepala mereka dan berpakaian sopan, tetapi di dalam Islam ini bukanlah lambang merendahkan diri atau menyerah kepada lelaki, sebaliknya ia adalah lambang kesucian, kesopanan dan ketakwaan kepada ALLAH.

Ini juga adalah sebagai tanda kepada semua lelaki yang berurusan dengannya supaya menghormatinya. Bandingkan keadaan ini dengan keadaan di Barat apabila seseorang bertemu dengan rahib atau paderi, bagaimana pakaian rahib dan paderi tersebut adalah tanda kepada mereka yang menemuinya untuk tidak berkelakuan atau bercakap yang tidak sopan.

Apabila wanita menjaga dan menutup aurat dengan baik, bermakna wanita itu mahal, bukan barang murah untuk dibuat pameran merata-rata. Suatu yang mahal itu mesti dijaga dengan rapi dan elok. Dan yang paling penting, ianya untuk mengelakkan dari menggoda dan merangsang nafsu lelaki, agar maksiat dan jenayah rogol dan seumpamanya dapat dielakkan.


“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu, dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab (33) : Ayat 59 (juga lihat An-Nuur (24):31)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan, dan bertaubatlah kepadaALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ” (Surah An-Nuur (24) : 31)

Bagaimana pula dengan hak-hak wanita dalam Islam?

Adakah benar mereka adalah “warga kelas dua”? Mari kita baca apa kata AlQuran:

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik” (Surah Al-Baqarah (2) : 228)

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalanKu, yang berpegang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi ALLAH. Dan ALLAH pada sisiNya pahala yang baik.” (Surah Ali-’Imran (3) : 195)

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan ALLAH kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada ALLAHsebahagian daripada kurniaNya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nisaa (4) : 32)

” Bagi lelaki ada bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bahagian (pula) daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.” (Surah An-Nisaa (4) : 7)

“Barang siapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahu pun wanita, sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.” (Surah An-Nisaa (4) : 124)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada ALLAH dan RasulNya. Mereka itu akan diberikan rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah (9) : 71)

“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl (16) : 97)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Rum (30) : 21)

“Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barang siapa mengerjakan amal yang saleh baik lelaki mahu pun perempuan, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.” (Surah Al-Mukmin (40) : 40)

No comments:

Post a Comment