Pelayaranku

Pelayaranku

Saturday, May 7, 2011

Cerita pasal KAHWIN

Selamat pengantin baru….selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu…..selamat sejahtera
Semoga berkekalan…..semoga berpanjangan
Semoga satu tujuan…..semoga aman
Hidup mestilah rukun….sabar paling perlu
Cinta setiap hari…..senyum mesti selalu..


Hari ini akan berlangsungnya majlis perkahwinan anak sedara perempuanku iaitu anak keempat kepada abang sulungku di Simpang Pulai, Ipoh. Semua adik-beradik dan saudara mara sebelah ayahku bertemu dan berkumpul pada hari ini termasuklah ayah dan emakku. Yang tiada mungkin hanya aku dan keluarga aku.

Ini adalah kenduri yang keempat yang diadakan oleh abang sulungku dan setiap kali kenduri kahwin anak-anaknya aku tidak dapat hadir kerana berada dilaut. Abang sulungku ini memang baik dengan semua adik-beradik dan dia yang paling ringan tulang kalau ada sesuatu hal yang berlaku dia pasti akan sampai dahulu. Dia selalu bertandang kerumahku kerana anaknya ada belajar Matrikulasi di Kedah .

Kalau ikutkan hati memang aku agak terkilan kerana dia boleh adjust kenduri itu dan buat bila aku cuti dua minggu didarat. Kalau dia buat minggu hadapan insyaallah aku dapat hadir kerana aku balik hari Selasa ini dan cuti selama 2 minggu didarat. Lagi pun dia dan isterinya sudah pencen dan tidak perlu mengambil apa-apa cuti.

Namun demikian aku akan terus berfikiran positif kerana mungkin dia ada hal lain yang aku tidak tahu. Lagipun perkara yang baik ini memang tidak boleh ditangguh. Aku teringat satu hadis Nabi saw yang bagitahu ada 3 perkara yang tidak boleh dilengahkan apabila telah sampai masanya:-

1. Jenazah untuk dikebumikan
2. Perkahwinan seorang wanita apabila telah sampai jodohnya
3. Solat apabila telah masuk waktunya

Baiklah, mari cerita tentang kahwin….satu topik yang semua orang suka dengar baik lelaki mahupun wanita. Perkahwinan adalah suatu perkara yang menggembirakan sesiapa sahaja walaupun ia selalunya tidak melibatkan kita tetapi kita tetap seronok pabila melihat orang berkahwin.

Minggu yang lepas kita sudahpun mengetahui dan ada yang menyaksikan perkahwinan diraja Prince William & Kate Middleton secara langsung. Istiadat yang telah berlangsung secara gilang gemilang. Dimana sahaja orang bercakap tentang perkahwinan itu dan dihebahkan didalam media massa dengan meluas.

Korang masih ingat tak dengan kisah sepupu isteriku yang hanya menjadi isteri selama 3 jam apabila husbandnya meninggal kerana terlibat didalam satu kemalangan jalanraya. Kisah yang menjadi tajuk utama diakhbar tempatan. Afifah pun baru-baru ini telah dinikahkan dan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini. Dia bernikah dengan lelaki yang satu universiti dengannya di New Zealand.

Tahun ini juga dua orang kawan aku telah berkahwin lagi buat kali kedua. Perkahwinan pertama mereka gagal kerana jodoh sudah tiada lagi walaupun anak-anak telah pun besar. Tidak pasti dimanakah silapnya dan siapakah puncanya kerana itu adalah hal peribadi masing-masing yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Seorang kawan aku pula sudah meningkat umurnya tetapi masih belum ketemu jodohnya. Walaupun rupanya boleh tahan hensem, kerja pun ok dan berkawan dengan ramai wanita tetapi ada sahaja halangannya. Dia pula, walaupun bergaji 5 angka tetapi hanya memandu kancil, jadi ramai wanita yang hanya berkawan sekejap sahaja kerana mahukan yang lebih berharta.

Seumur hidup aku, belum pernah menjadi ‘matchmaker’ kerana tidak pernah peduli tentang hal jodoh orang lain. Biarlah mereka mencari sendiri dan apabila jodoh telah sampai, mereka akan bertemu jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Namun demikian Allah SWT telah menggerakkan hati aku dan isteriku. Kami telah mencadangkan agar kawan aku ini dikenalkan dengan kawan isteriku yang juga telah lama mencari jodoh walaupun rupa paras ada dan kerja pun berjawatan tinggi. Alhamdulillah setelah berkawan kurang dari setahun mereka telah pun bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun in, InsyaAllah Taala.


Hujung bulan ini genapkan 10 tahun aku berkahwin. Aku masih teringat tanggal 27 Mei 2001 dimana aku telah diijabkabulkan dengan isteriku dalam satu majlis yang simple dan sederhana. Ketika itu usiaku baru 26 tahun. Isteriku pula masih ditahun ketiga di UIA. Satu perkahwinan yang telah diatur oleh keluargaku melalui sepupuku di Kedah.

Ketika aku bertunang aku hanya mempunyai kereta kecil dan lama, membuatkan ada saudara sebelah isteriku meragui samada benarkah aku ini lulusan oversea dan bekerja dengan Petronas. Mereka juga telah menyiasat sehingga di Bintulu untuk memastikan yang aku ini benar-benar bekerja dengan Petronas.


Namun, itu hanya cerita lama dan menjadi kenangan manis dalam hidupku. Perkahwinan memang suatu pengalaman yang menyeronokkan tetapi yang lebih penting adalah bagaimana hendak mengekalkan rumahtangga agar terus bahagia. Doakan semoga rumahtanggaku aman bahagia sehingga kesyurga.

Bila dua hati dah terjalin …..Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu ……Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga …..Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu …..Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia …..Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu …..Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama …..
Moga kekal ke anak cucu …..Moga kekal hingga ke syurga

p/s: Kepada mereka yg memberi Undangan Perkahwinan pada tahun ini aku ingin meminta seribu maaf sekiranya tidak dapat memenuhi undangan itu, sebabnya adalah:-
a. Aku berada ditengah laut ketika itu
b. Rumah korang mungkin jauh di selatan sedang aku diutara
c. Aku memang kuat makan, takut tak cukup pulak
d. Aku tak boleh tengok org kahwin..nanti aku pun teringin.....hehehe

No comments:

Post a Comment