Pelayaranku

Pelayaranku

Tuesday, March 29, 2011

TIPS UMRAH Part 1 (Memilih Travel Agency yang Sesuai)

Ramai yang berniat untuk menunaikan Ibadah Umrah tetapi tidak bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kurangnya persediaan dan tersilap memilih Travel Agency adalah salah satu faktor Umrah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketika berada di Tanah Suci, kita akan menghadapi berbagai ujian dan kesulitan, tanpa persediaan yang mencukupi kita mungkin tewas dan tidak memperolehi Umrah yang Mabrur.

Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh kita dijangka berlepas kita hendaklah menetapkan tarikh yang sesuai dengan keadaan kita seperti cuti sekolah anak-anak, cuti perlepasan dari majikan dan cuaca di Mekah dan Madinah juga mempengaruhi kesihatan dan keselesaan untuk kita menunaikan Ibadah Umrah.




Bagaimana memilih Travel Agency yang bagus dan bagaimana mengelak dari tertipu oleh mereka? Jika dilihat melalui internet ataupun website mereka memang nampak hebat dan semuanya serba sempurna. Komen dari jemaah yang terdahulu juga semuanya positif. Jangan mudah terpengaruh dengan website mereka yang nampak gah dengan pakej-pakej yang memang diluar nampak menarik tetapi cuma “Indah khabar dari rupa”.

Jika membuka website rasmi Kerajaan Saudi ada tersenarai jumlah Travel Agencies seluruh dunia yang diiktiraf oleh mereka. Sekiranya Travel Agency yang kita pilih tiada didalam senarai bermaksud mereka menumpang Travel Agency yang tersenarai itu untuk urusan visa. Bagi urusan visa cuma selepas hotel dan flight sudah dibooking baharu mereka akan memproseskan visa tersebut kepada setiap jemaah.

Tidak dapat dinafikan memang Travel Agencies ada yang hanya mementingkan keuntungan ataupun business marketing semata-mata tanpa mengira kebajikan ahli jemaah umrah atau haji. Kerana mereka begitu yakin yang jemaah tidak akan merungut atas alasan berada di Tanah Suci, mereka mengambil kesempatan diatas hal ini. Mutawwif tidak berpengalaman, makanan low budjet dan hotel yang begitu jauh dari masjid memberi impak yang besar kepada ahli jemaah untuk beribadat dengan sempurna.

Untuk memilih Travel Agency yang sesuai, buat survey melalui pihak Tabung Haji atau rakan-rakan yang pernah atau selalu kesana. Sekiranya kita pergi berseorangan atau bersama pasangan sahaja, saya nasihatkan ambillah yang bajetnya dalam RM6-7k kerana hotelnya berdekatan dengan Masjidil Haram, selesa, makanan yang bagus dan para mutawwif yang berpengalaman.

Hubungi sebanyak mungkin Travel Agencies dan tanya soalan yang lazim ditanya seperti berapa orang mutawif untuk setiap berapa orang jemaah, jarak hotel dari masjid, program ziarah kemana dan adakah disediakan makanan untuk 3 kali setiap hari. Kalau tidak mahu keletihan akibat flight yang panjang atau banyak transit harga pakej juga berbeza, lagi banyak transit lagi murah tambang flightnya.

Transit juga banyak kerenah seperti Airport Karachi, Pakistan atau di Dhaka, Bangladesh. Kalau terpaksa bermalam disana bersedialah secara mental kerana banyak kerenah birokrasi dan korupsi oleh pihak imigresyen dan airport hotel. Semuanya bergantung kepada keadaan masing-masing yang berbeza.

Selepas memilih Travel Agency yang sesuai dengan bajet kita, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berangkat maka kita boleh member deposit kepada pihak pengurusan Travel Agency berkenaan. Kalau boleh kita pergi sendiri ke pejabat mereka untuk menyerahkan deposit atau passport untuk urusan visa. Urusan melalui pos atau online banking pun boleh tetapi agak berisiko kecuali kita betul-betul percaya kepada mereka.

Kalau ada sebarang ketidakpuashati usulkan sebarang komen atau komplen kepada pihak pengurusan supaya dapat diperbetulkan sebelum menjadi lebih teruk. Niatlah untuk kebaikan ahli jemaah agar Ibadah Umrah dapat disempurnkan dengan baik. Pengurusan yang bagus akan mengambil berat dan menerima pendapat dan pandangan ahli jemaah. Jangan cuma merungut dibelakang kerana mengumpat akan menjejaskan Ibadah Umrah anda.

Kalau sudah sampai disana dan kita tidak puas hati dengan urusan mereka, tidak mengapa kerana segalanya adalah ketentuan dari Allah swt. Yang penting kita sudah sampai di Tanah Suci dan diberi kesihatan untuk menunaikan ibadah Umrah setakat kemampuan kita.

Disana juga kita boleh membeli makanan sendiri dengan harga yang berpatutan dan pergi ke Miqat untuk berniat umrah/ihram dengan menaiki bas atau van dengan harga yang murah. Kalau menaiki teksi agak mahal tambangnya. Kalau anda seorang wanita sahaja menaiki tidak digalakkan kerana takut terjadi perkara yang tidak baik.

Setakat kajian saya antara Travel Agencies yang boleh direkomen adalah seperti :-
1. Rayhar Travels & Tours
2. Andalusia Travel & Tours
3. UTAS Travel & Tours
4. Irna Yakin Travel & Tours
5. Felda Travel & Tours
6. TH Travel & Tours
7. Bahrul Mazi Travel & Tours

Kalau anda merasa tidak puashati dengan umrah yang pertama, berdoalah agar Allah menjadikan umrah atau haji seterusnya lebih baik dan lebih sempurna. Yang penting adalah anda mendapat umrah yang mabrur, pengampunan serta keredhaan dari Allah swt. Wallahua’lam.

Dibawah ini adalah link kepada website dari Kerajaan Saudi berkenaan Travel Agencies Malaysia yang diiktiraf oleh mereka untuk memohon Visa Umrah.
http://www.hajinformation.com/umrah_agents.php?id=78

7 comments:

Be Zahra Boutique said...

bahrul mazi dalam website jawhar ada disenarai hitam

Anonymous said...

Bahrulmazi ada senarai hitam? Takutnya....nampaknya saya terpaksa beralih ke utas

ieba said...

guna UTAS travel..setakat ini sgt berpuas hati

ajako said...

saya baru pertama kali menggunakan khidmat UTAS, sangat berpuas hati.

Noor Aida said...

Saya pergi dgn Utas Feb 2012 - tidak memuaskan . Menukar hotel sehari sebelum bertolak

wempy said...

Pn Noor Aida...takleh menyalahkan agensi 100%, sbb hotel di sana dibawah kelolaan orang sana yang perangainya suka tendang jemaah, dalam booking kate konfem..gi check dgn hotel sendiri tiada dlm senarai.....sy sendiri bekerja untuk bhgn rservation di malaysia, selalu hadapi masalah ini dgn org Arab

Illy Ariffin said...

terima kasih sebab sharing info macam ni.. berguna sangat bagi kami2 yang tengah plan nak pergi umrah

Post a Comment