Pelayaranku

Pelayaranku

Tuesday, January 25, 2011

Kurma Nabi dan kalimah الله

Kebesaran Allah SWT ada dimana-mana. Cuma kita yang kurang memerhatikannya. Jika kita lihat didalam penciptaan langit dan bumi akan kita dapati kehebatan dan kebesaran Allah SWT membuktikan kewujudan dan keagungan Allah SWT yang Maha Esa.

Baru-baru ini kawan karibku yang pulang dari menunaikan ibadah Haji telah memberiku beberapa biji kurma Nabi.  Ketika memakannya terdetik dihatiku berdoa agar aku  menemui kalimah الله dibiji kurma itu. Setelah selesai memakan sebiji kurma aku membelek biji kurma itu tadi dan tiada apa yang kelihatan. Setelah memakan kurma yang ketiga aku membelek kembali biji kurma itu dan kelihatan agak samar-samar satu tulisan atau kalimah الله tertera diatas biji kurma tersebut.

“Subhanallah!” Ucapku didalam hati.
“MasyaAllah” Hebatnya Allah SWT yang sentiasa memberi petunjuk kepada hambanya walaupun kita sentiasa berdosa dan lalai dari menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT.
                                                                
Sebenarnya ini bukan kali yang pertama. Sebelum ini pada tahun lepas di bulan Ramadhan aku menjumpai kalimah yang sama tetapi lebih jelas dari kali ini. Menitis air mataku dan aku terus bersujud kepada Allah SWT kerana memberi satu petunjuk buat diriku yang jahil ini.

Kepada kawan-kawan sekiranya memakan buah kurma, jangan terus membuangnya tetapi belek dahulu kerana mungkin ada tertulis kalimah kebesaran Ilahi.



1 comment:

puteri qatura said...

Ketika saya mencari-cari artikel tentang Kalimah Allah di kurma nabi, saya menemui blogspot tuan. Kerana...saya hampir membuang biji kurma yang telah saya makan isinya minggu lepas. Ketika saya ingin menarik selaput putih di biji kurma, maka kalimah Allah tertera dengan cantiknya di biji kurma. Seperti tuan, saya juga menangis. Saya tidak pernah membeli kurma nabi, apatah lagi menjejakkan kaki ke kota suci Mekah. Kurma itu adalah pemberian seorang rakan selepas pulang dari umrah. Sebelum beliau berangkat mengerjakan umrah, beliau meminta pertolongan saya agar membuat doa selamat untuknya. Lalu, pemberian wangnya, saya sedekahkan pada masjid dan memohon jemaah mendoakannya.

Post a Comment