Pelayaranku

Pelayaranku

Monday, February 11, 2013

WAHAI ISTERI..CARILAH REDHA SUAMI!



Wahai semua para isteri! Tahukah anda bahawa mentaati serta menjaga hati suamimu itu lebih penting dari menjaga makan dan minumnya. Disamping kaum isteri mentaati perintah Allah dan Rasulullah SAW mereka juga wajib mentaati suami masing-masing. Bacalah kisah puteri kesayangan Rasulullah SAW ini dan ambillah iktibar dan pelajaran darinya.

Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.ha dalam keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahandanya. Baginda s.a.w melihat kedua mata Fatimah r.ha berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. Lalu baginda bertanya: Mengapa wahai anakku?

Saturday, February 9, 2013

KERANA NILA SETITIK...

…ROSAK SUSU SEBELANGA


Bunyi pepatah ini agak lucu dan kelakar apabila memikirkan siapa yang menciptakannya. Bagaimana boleh seseorang itu menumpahkan setitik nila didalam sebelanga susu. Apakah maksud ini masih releven dalam masyarakat kita masa kini? Mari kita lihat bagaimana interpretasi menurut pendapatku yang sempit ini..

Kalau diikutkan maksud sebenar berpandukan Wikipedia peribahasa Melayu maksudnya adalah hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk. Adakah perkara ini benar dan sepatutnya digunapakai atau seharusnya kita ubah persepsi ini? Pendapat sepuluh sen aku adalah ada benar dan ada salahnya peribahasa ini.

Monday, December 10, 2012

STATISTIK HIDUP KITA...Mari Perbaiki Diri!



Kalaulah purata setiap kita hidup selama 60 tahun. Itupun kalau sampai, kalau tak sempat mungkin lebih awal kita tinggalkan dunia ini. Agak-agak kalau kita buat kajian dan bahagikan masa kita apakah peratus tentang setiap amalan harian yang kita buat jika dibandingkan dengan umur kita 60 tahun. Jika markah lulus adalah 50 peratus dan kelayakan untuk masuk syurga berdasarkan peratus amalan kebaikan yang kita buat sepanjang umur kita,  adakah kita lulus dan layak dimasukkan kedalam syurga? Mari kita lihat…

Sejak lahir sehingga Akil Baligh = 12 Tahun  ( Ini dijadikan titik permulaan bagi setiap amal baik dan buruk kita mula ditulis dalam buku amal catatan kita).  60 – 12 = 48 tahun. Dari kita mula bekerja sejak umur 23 tahun sehingga pencen 55 tahun = 32 tahun.

60 Tahun = 720 Bulan x 30 hari = 21600 hari x 24 jam = 518400 jam      

Setiap hari dari kita bangun tidur sehingga kita tidur dan bangun kembali kita akan melakukan rutin harian yang sama dan rutin mingguan dan bulanan yang hampir serupa. Dari sini kita boleh mengkaji apakah peratus amalan yang kita lakukan dan tukar kepada tahun dan seterusnya peratusan seumur hidup kita.                                 

Tuesday, November 20, 2012

KITA BENCI AMERIKA & ISRAEL, KITA KASIHAN PALESTIN & ROHINGYA TETAPI...


Marah betul kita dengan Israel dan Amerika sekarang. Ini kerana ketika umat Islam menyambut Awal Muharram kita dikejutkan dengan berita Israel menyerang dan membunuh ramai rakyat Palestin dengan menghantar bedilan bom roket sebanyak 180 buah. Yang dituju bukannya pejuang Mujahidin tetapi kepada rakyat civilian termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Jahat, kejam, sadis dan memang tidak berhati perut bangsa Zionis laknat ini!

Begitu juga dengan kekejaman dan penindasan kaum Rakhine kepada umat Islam berbangsa Rohingya. Mereka yang beragama Buddha dengan kejam membakar rumah umat Islam Rohingya dan membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak tanpa peri kemanusiaan. Umat Islam hidup dalam ketakutan, mereka tidak boleh pergi kelaut menangkap ikan dan berniaga serta berladang. Mereka tinggal dalam kem yang tiada bantuan makanan dan perubatan. Ramai juga yang menjadi pelarian meninggalkan kampung halaman mereka.